Thursday, February 13, 2014

nur amirah othman

assalamualiakum wbt..

i'm dedicate special for you my friend.. ok lebih kurang sejam lg mira akan bertolak ke madinah dan mekah untuk menunaikan  umrahnya.. #lain macam sikit mood pagi2 nih.. sebak ja rasa..

semoga selamat pergi dan balik sahabat..'aku tunggu kau kat sini.. doakan aku kat sini' kata2 yang cik fit text kat dia sebelum dia bertolak..sayu jaa tengok gambar2 dia dengan family yang akan berangkat.. mungkin sebab dia yang paling rapat dengan cik fit..

semoga tenang kat sana untuk menjalankan ibadah kepada Allah.. doa banyak2.. muka dia bercahaya jaa sebelum bertolak.. (walaupun tak pergi hantar tapi tengok gambar dia dah cukup)...



'aku sentiasa doakan keselamatan hang..jaga diri kat sana.. i do miss you..always miss you... uhibbuki fillah abadan abada.. semoga persahabatan kita tetap utuh'
#aku tak mampu tahan ayaq mata aku dari jatuh..sooorryyyy.. :')

Friday, January 24, 2014

dua-puluh tiga hari bulan punya cerita

Assalamualaikum w.b.t.

heee... sepatutnya cerita nih 23hb dah ditulis tapi balik penat2 macam malas la pulak nak update :3
ok2..actually 22hb Januari befday cik fit yang ke 18.. ==' (dah tua pun..pffttt).hahha.. 23hb tu ada roadrun kat Denai Larian.. siap la cik fit nih pagi2 sebab adik2 cik fit sekolah tuh lagi.. elok sampai junior2 tegur kak yah..kak yah.. (kak yah here,kak yah there, kak yah everywhere).. macam tak penah nampak cik fit kat sekolah jaa.. :D

i met with my lil sis, Amanina Nur Zulaikha.. my adopted sis..hheeee.. lepak2 sambil tunggu makanan percuma daripada rumah2 sukan..buat muka tak bersalah ja makan nasi..hahah xD.. then tunggu dekat garisan penamat.. jumpa2 cikgu..salam2..

my beloved mummy Bios, Teacher Basyirul wished at me..terharu dengan kata2 dia! then terpaksa berhimpit dalam keta seramai 5 orang kat belakang.. guess what??!! semata2 nak pegi makan KFC! hahaha.. so what orang tengok pelik..bukan ja ada apa nak hairan.. kejap ja pun nak naik tuh.. cik fit, kak tasya, kak cua, aman (my adopted sis), and a few of her friends naik sekali kereta mama (mak aman).

sampai ja kat sekolah mama peluk cik fit and wished.. siap bagi hadiah lagi..masa tu memang betul2 terharu gila beb..sebab aman pun cakap tak tahu pun mama balut hadiah untuk kak yah..hahha.. (kak yah anak kesayangan mama la aman :P ).. then aman lak bagi hadiah.. waahhhh.. jam tangan yang ketujuh dia bg..hahah..ppffftttt.. banyak gila jam..(disebabkan busuk cik fit tu la sekarang cik fit jadi pengumpul jam tangan) lawa kot jam tuh..

kak tasya pun bagi hadiah..kain tudung.. mama bagi kain nak buat baju batik.. and someone gave me the purse.. yang paling terharu sekali dengan mama..sebab mama jarang nak bagi hadiah kat orang.. terima kasih mama.. siap mama yang balut sendiri sebab tak nak aman tahu..hahah..



jam tangan daripada busuk,purse,
baju batik daripada mama dan tudung daripada kak tasya!

Friday, January 17, 2014

terdetik di hati

assalamualaikum w.b.t

tengok tajuk macam seram ja kan. sebenarnya bangun2 cik fit terdetik apa khabar eih kawan cik fit dekat PLKN?? minggu lepas baru ja tengok dia.. gambar kami




ok2.. bukan nak cita perkara ni sebenarnya.. sampingan ja :3
tetiba terfikir yang Allah tu Maha Kaya, Maha Mengetahhui.. why?? sebab Allah bagi BUKAN apa yang kita minta..tapi Allah bagi apa yang kita PERLUKAN.. why again?? sebab Allah tahu kemampuan umatnya.. contohnya bila cik fit memohon untuk diberi ketabahan dlam diri ni.. Allah takkan bagi senang2 macam tu jaa.. Allah uji dengan kesedihan.. sebab tu apa yang berlaku semua ada HIKMAHNYA.. tak perlu untuk menyalahkan takdir sangat sebenarnya.. let say kalau Allah uji dengan kelemahan2 kita diketahui orang, mungkin Allah nak bagi kita kekuatan.. semua ada hikmah.. BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH :) apa kena mengena dengan PLKN?? cik fit terfikir mungkin diorang ni penah terdetik untuk minta kekuatan, ketabahan dan kegembiraan daripada Allah.. so ni jalan untuk mereka diuji.. Allah tak pernah uji lebih daripada apa yang hambanya mampu.. kalau kita nak sesuatu mesti ada ujian yang menanti.. baru boleh cakap kita mampu atau tidak.. just face it with smile.. JANGAN pernah terluah 'hampa tak rasa benda ni' atau 'tak duduk tempat aku tak pa la' and so on.. pernah kita tahu dia diuji macam mana??? disebalik 1001 senyuman sudah pasti dia merasai kesedihan.. sebab tu dia tahu menghargai kegembiraan ^^

Wednesday, January 15, 2014

melalut tengah malam

assalamualaikum wbt..

 ngeeee..cik fit tak dak apa pun nak story.. (tapii tulis jugak) =='
kadang2 dengan kawan2 kita mudah terasa.. that's why i called my besties as SAHABAT.. sahabat tak kan mudah meruntuhkan keyakinan terhadap sahabat yang lain.. my opinion maybe.. dengan sahabat selalunya tak mudah terasa..dengan erti kata lain we're like family.. parents masing2 tahu perangai macam mana.. indahnya persahabatan yang terjalin kalau disulami dengan kasih sayang dan dibajai dengan kepercayaan..

sahabat tak knal erti putus asa dalam membantu sahabatnya yang lain.. banyak mengajar erti kehidupan selama cik fit hidup.. dengan sahabat cik fit kuat.. jatuh bangun cik fit akan ada sahabat2 yang setia di belakang cik fit.. entry ni lebih kepada penghargaan untuk sahabat2 cik fit..

insyaAllah sahabat2, persahabatan yang terjalin akan kekal hingga ke syurga.. allahumma amminn.. :) dengan sahabat, hidup akan terasa indah dan bahagia.. (perasaan macam ni kekasih pun x mampu nak bagi)
sahabat yang rapat dengan cik fit; mira othman, wan khai,aisyah, mira, piqah, saidatul and last but not least my laling,dayah... yang sentiasa ada ja bila cik fit jatuh.. macam malam nih.. heeee.. act baru habis web cam dengan mira othman.. sebabnya tengah mood down.. boleh pulak duk gelak bila dia kol.. itulah SAHABAT.. apabila kita jatuh dan bangun dia ada disamping.. bukan bila kita senang SAHAJA.. :D and now buat2 merajuk dengan wan khai sebab tak nak layan cik fit.. hahaha #ngda2.. tapi itulah yang dipanggil SAHABAT.. p/s: nanti ja la cik fit post gmbar2 SAHABAT cik fit..

Tuesday, January 14, 2014

first entry :')

Sahabat,untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun.Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan.

Insya'Allah Sahabat,persahabatan yang telah terbina ibarat dua jambatan yang menghubungkan antara dua benua,Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak..

Insya'Allah Sahabat,Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan KASIH SAYANG. Sahabat,Mengenalimu satu kesyukuran, bergurau denganmu satu kebahagiaan, menyakiti hatimu akan ku elakkan..satu permintaan dariku semoga persahabatan kita berpanjangan. Sahabat,Persahabatan itu seperti mata dan tangan.Ketika tangan terluka mata menangis.Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya...dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah.

 Sahabat,Bergaullah dengan manusia sebaiknya,Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu. Sahabat,Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.

 Sahabat,Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa. Sahabat,Terlalu sukar menjalinkan persahabatan kerana ia adalah pertautan hati,bukan pertautan fikiran,lebih-lebih lagi bukan perhubungan kebendaan semata.

 Sahabat,Persahabatan yang akrab tidak dapat dipisahkan melainkan dengan kematiaan.. Sahabat,jika kamu bersahabat bersiap sedialah untuk berkoraban demi sahabat kamu itu.jika kamu bermusuhan dengan sahabat mu bersiap sedialah untuk mengalah demi persahabatan kalian.

 Sahabat,Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pepasir dipantai, Tetapi teman yang satu adalah mutiara diantara pepasir itu. Sahabat,Apabila ingin bersahabat,janganlah kerana kelebihannya,kerana kemungkinan satu kekurangan darinya,kau mungkin akan menjauhinya